Oleh Danial Dzulkifly
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Selangor mempergiat usaha meneroka ekosistem halal untuk memperkukuh status sebagai pintu masuk industri di rantau Asean dan dunia.
Dato' Menteri Besar berkata pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2025 membuka peluang untuk mempromosi sektor tersebut sekali gus mengangkat negeri ini dan negara sebagai hab halal dunia.
"Kita mulakan dengan Asean sebelum mengembangkan lagi industri ini ke peringkat global. Permintaan produk dan perkhimatan halal semakin mendapat perhatian.
"Sektor ini bukan sahaja menjana pendapatan untuk negeri ini tetapi mewujudkan peluang untuk semua jenis perniagaan berkembang maju," katanya.
Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika merasmikan Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
[caption id="attachment_668434" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian SELHAC ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 OKtober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Jelas beliau, Selangor turut mempunyai kemudahan lengkap seperti Hab Halal Selangor di Pulau Indah dan Taman Halal Nasional PKFZ di Pelabuhan Klang yang turut mendapat pensijilan status halal Malaysia (Halmas), iaitu pengiktirafan kepada pengendali kawasan industri halal.
Beliau berkata pentadbiran negeri komited memastikan pensijilan halal yang dikeluarkan menepati standard antarabangsa dan diyakini pengguna.
"Bagi pengguna, ia diterjemahkan kepada kepercayaan, keselamatan dan jaminan produk yang mereka beli memenuhi piawaian yang ketat, kualiti dan piawaian etika.
"Tahap pematuhan ini adalah penting kerana ia bukan sahaja mengukuhkan perniagaan tetapi juga mengangkat kedudukan sebagai peneraju global dalam industri halal," katanya.
[caption id="attachment_668436" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari membuat lawatan ke reruai selepas merasmikan Majlis Perasmian SELHAC ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 OKtober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]