AGENDA

Ramalan hujan lebat di Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat hingga 6 petang

15 Okt 2024, 8:26 AM
Ramalan hujan lebat di Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat hingga 6 petang
Ramalan hujan lebat di Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 15 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat hingga 6 petang ini.

Amaran cuaca sama dikeluarkan di Kuala Lumpur di seluruh Perlis, Perak dan Terengganu selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.