ad
AGENDA

Budak lelaki 10 tahun putus kepala, tangan kanan dibaham buaya

13 Okt 2024, 3:20 PM
Budak lelaki 10 tahun putus kepala, tangan kanan dibaham buaya

LAHAD DATU, 13 OKT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Pantai Sinakut, Tungku di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa dipercayai Denis Rodi, 10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa sebelum itu sedang mandi di pantai berkenaan bersama lima rakannya.

“Mangsa kemudian disambar buaya dan diseret ke tengah laut. Ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa tetapi tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata laporan berkaitan kejadian dibuat bapa tiri kanak-kanak itu dan empat anggota polis kemudian melakukan pencarian bersama penduduk kampung.

Mayat katanya ditemukan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Dzulbaharin meminta saksi kejadian menghubungi Ketua Balai Polis Desa Kencana Insp Junis Bulansar @ Matius menerusi talian 013-8742 128 bagi membantu siasatan.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.