Kanak-kanak hilang disambar buaya ketika mandi di pantai

19 Apr 2026, 1:00 PM
Kanak-kanak hilang disambar buaya ketika mandi di pantai

LAHAD DATU, 19 APRIL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang selepas disambar buaya ketika mandi di pantai Kampung Pangkalan, Desa Kencana, Felda Sahabat di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Mohd Hamka Mustamin berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa merupakan etnik Pala'u yang tinggal di kawasan pesisir pantai berkenaan.

"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.27 pagi, jentera dan anggota digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 100 kilometer dari pekan Lahad Datu.

"Ketika ini, pihak bomba bersama dengan pasukan keselamatan lain masih melakukan pencarian pada permukaan dan pesisir pantai. Identiti mangsa masih belum disahkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Hamka berkata kanak-kanak berkenaan masih belum ditemukan hingga kini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.