AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir seluruh Selangor hingga 9 malam

12 Okt 2024, 11:19 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir seluruh Selangor hingga 9 malam
Amaran hujan lebat, ribut petir seluruh Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 12 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam.

Ramalan hujan lebat disertai ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_667845" align="aligncenter" width="681"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]