AGENDA

Sidang niaga Selangor siri kedua sasar nilai transaksi RM1 bilion

10 Okt 2024, 4:17 AM
Sidang niaga Selangor siri kedua sasar nilai transaksi RM1 bilion
Sidang niaga Selangor siri kedua sasar nilai transaksi RM1 bilion
Sidang niaga Selangor siri kedua sasar nilai transaksi RM1 bilion
Sidang niaga Selangor siri kedua sasar nilai transaksi RM1 bilion

SHAH ALAM, 10 OKT: Sidang Kemuncak Niaga Selangor (SIBS) siri kedua 2024 yang membuka tirai 16 Oktober ini di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur menyasar nilai transaksi hampir RM1 bilion.

EXCO pelaburan berkata jangkaan meliputi Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) sebanyak RM600 juta, Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) RM15 juta serta Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor berjumlah RM200 juta.

“Sasaran ini berdasarkan rekod yang dicapai dalam beberapa penganjuran sebelum ini. Kita yakin sepanjang berlangsung, jumlah ini mampu dicapai sekali gus mengukuhkan status Selangor sebagai pusat pelaburan.

SIBS siri pertama diadakan pada bulan Julai. Buat julung kali SIBS dianjur dua sesi kerana mendapat permintaan tinggi negara luar. Malah acara ini menjadi platform untuk Selangor menguasai pasaran serantau,” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_654646" align="aligncenter" width="1147"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han memberi penerangan mengenai Tenaga (Waste-To-Energy (WTE) Jeram milik Worldwide Holdings Berhad (WHB) yang bertempat di tapak pelupusan Sanitari Jeram kepada ADUN yang hadir ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 27 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Tahun ini buat julung kali Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor menganjur SIBS secara dua siri dengan pertama berlangsung dari 25 hingga 27 Julai manakala yang kedua dari 16 hingga 19 Oktober ini.

Siri pertama melibatkan Ekspo Taman Perindustrian Selangor (Spark) dan Persidangan Perniagaan Asean Selangor (SABC) menjana nilai transaksi RM12.2 bilion, hampir dua kali ganda daripada sasaran keseluruhan RM7 bilion.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sidang menyaksikan penyerahan 23 surat setuju terima (LOA), surat hasrat (LOI), memorandum perjanjian (MoA) dan memorandum persefahaman (MoU).

Sidang bertaraf antarabangsa itu menarik kehadiran 8,500 pelawat selain turut disertai negara jiran Asean, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Jepun, dan United Kingdom.

[caption id="attachment_654510" align="aligncenter" width="1174"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama EXCO Pelaburan, Ng Sze Han (tiga, kanan) bergambar bersama selepas meyaksikan penukaran perjanjian persefahaman (MoU) di antara UMW Development Sdn Bhd dan Xinbo New Materials Sdn Bhd ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_656870" align="aligncenter" width="1105"] Pameran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]