AGENDA

Hulu Langat, Sabak Bernam antara daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

9 Okt 2024, 8:17 AM
Hulu Langat, Sabak Bernam antara daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam
Hulu Langat, Sabak Bernam antara daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 9 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Hulu Langat hingga 7 malam.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Perlis, Perak dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.