AGENDA

KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

7 Okt 2024, 9:49 AM
KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam
KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 7 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur dan tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Kedah selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_666962" align="aligncenter" width="687"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]