ad
EXCO

EXCO: Tumpu rancakkan inovasi dalam perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat

7 Okt 2024, 8:00 AM
EXCO: Tumpu rancakkan inovasi dalam perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat
EXCO: Tumpu rancakkan inovasi dalam perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat
EXCO: Tumpu rancakkan inovasi dalam perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat
EXCO: Tumpu rancakkan inovasi dalam perkhidmatan, mudahkan urusan rakyat

SHAH ALAM, 7 OKT: Selangor memberi tumpuan untuk merancakkan inovasi dalam sektor perkhidmatan awam menjelang tahun hadapan seiring keperluan dan perkembangan teknologi semasa.

EXCO pembudayaan inovasi berkata inisiatif di peringkat pejabat pentadbiran negeri, anak syarikat, agensi dan pihak berkuasa tempatan bertujuan memberi perkhidmatan yang memudahkan rakyat.

[caption id="attachment_666931" align="aligncenter" width="811"] EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah berucap ketika Festival Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (FIS) 2024 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 7 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita fokus kepada inovasi yang dapat menyelesaikan masalah rakyat. Dalam masa sama kita kembangkan inovasi sedia ada kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Contohnya catitan minit mesyuarat. Kita akan guna teknologi ucapan kepada teks, jadi boleh singkatkan masa sediakan minit. Keputusan dibuat juga tak ambil masa lama,” kata Dr Fahmi Ngah.

Ditemui di Festival Inovasi Selangor (FIS) hari ini, beliau berharap peruntukan lebih tinggi diumum pada Belanjawan Selangor 2025 berbanding RM900,000 tahun ini bagi memacu lagi perkembangan inovasi.

[caption id="attachment_666934" align="aligncenter" width="802"] EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah melawat reruai ketika Festival Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (FIS) 2024 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 7 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

FIS yang julung kali diadakan melibatkan semua kakitangan awam negeri ini bertujuan mendedahkan pekerja dengan latihan dan kursus berkenaan teknologi terkini.

Berlangsung di Dewan Jubli Perak di pusat pentadbiran negeri di sini, program turut menyediakan geran sebagai langkah menggalakkan peserta meneroka lebih jauh bidang inovasi.

[caption id="attachment_666933" align="aligncenter" width="815"] EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah bergambar bersama peserta ketika Festival Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (FIS) 2024 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 7 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.