EXCO

Jumlah mangsa banjir Selangor menurun kepada 909 orang pagi ini

6 Okt 2024, 3:56 AM
Jumlah mangsa banjir Selangor menurun kepada 909 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir Selangor menurun kepada 909 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir Selangor menurun kepada 909 orang pagi ini

SHAH ALAM, 6 OKT: Seramai 909 mangsa banjir melibatkan 213 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

Jumlah itu menurun berbanding 975 orang daripada 232 keluarga malam tadi.

EXCO Bencana Najwan Halimi berkata 738 mangsa terdiri daripada penduduk sekitar Kuala Selangor ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, SK Ijok dan SK Bukit Badong.

Manakala 153 penduduk terjejas sekitar Gombak ditempatkan di PPS Dewan MPS Sri Kundang dan Balai Raya Kampung Melayu Sri Kundang selain 18 mangsa Shah Alam di PPS Dewan Kenangan PDT Petaling.

“Semua mangsa berada dalam keadaan baik dan kebajikan mereka terjaga. Kita pastikan segala keperluan mereka disediakan.

[caption id="attachment_666699" align="alignleft" width="500"] EXCO Bencana Najwan Halimi bercakap kepada media selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan MBSA Seri Pagi Paya Jaras U19 Sungai Buloh, Selangor pada 4 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Negeri akan memantau keadaan cuaca di samping memastikan kesiapsiagaan semua pihak termasuk aset supaya operasi menyelamat berjalan lancar,” katanya kepada SelangorKini.

Minggu lalu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meminta semua pihak bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir berikutan Selangor ketika ini mengalami fasa peralihan Monsun Timur Laut.

Beliau berkata parameter ketika banjir besar pada 2021 menjadi panduan pentadbiran negeri untuk memastikan tindakan pantas dan lancar.

Bagi meringankan beban mangsa, pentadbiran negeri bakal menyalur bantuan kecemasan berjumlah RM1,000 kepada keluarga terjejas dan berlindung di PPS.

[caption id="attachment_666700" align="aligncenter" width="1138"] Suasana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan MBSA Seri Pagi Paya Jaras U19 Sungai Buloh, Selangor pada 4 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]