26 penduduk terjejas banjir di Jitra dipindahkan ke PPS

18 Okt 2026, 1:52 AM
26 penduduk terjejas banjir di Jitra dipindahkan ke PPS
26 penduduk terjejas banjir di Jitra dipindahkan ke PPS

JITRA, 18 OKT: Sebanyak 26 penduduk melibatkan lapan keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir yang melanda Mukim Temin di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata PPS Dewan Lembah Keriang dibuka pada 11 malam semalam bagi menempatkan mereka yang terjejas.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang dikemas kini pagi ini, penduduk yang ditempatkan di PPS terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, sembilan wanita, sembilan kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.

“Seorang daripada mangsa yang dipindahkan adalah orang kurang upaya (OKU). Dua kampung yang terjejas adalah Kampung Tradisi dan Kampung Baru manakala trend banjir di daerah ini masih meningkat walaupun keadaan cuaca semasa dilaporkan tidak hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adenin berkata sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam, lapan (Jabatan Kebajikan Masyarakat), tiga (polis), dua (Majlis Perbandaran Kubang Pasu), seorang (penghulu) dan dua petugas SWCorp digerakkan bagi membantu operasi.

Beliau berkata operasi turut disokong dengan penggunaan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah lori tiga tan.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.