ad
BERITA UTAMA

Jelajah JobCare diteruskan tahun ini, rancang program kesedaran di sekolah menengah

4 Jan 2025, 4:00 AM
Jelajah JobCare diteruskan tahun ini, rancang program kesedaran di sekolah menengah
Jelajah JobCare diteruskan tahun ini, rancang program kesedaran di sekolah menengah
Jelajah JobCare diteruskan tahun ini, rancang program kesedaran di sekolah menengah

SHAH ALAM, 4 JAN: Jelajah JobCare Selangor yang menawarkan ribuan peluang pekerjaan diteruskan tahun ini ke sembilan daerah, kata EXCO sumber manusia.

Menurut V Papparaidu, karnival itu bakal disertai majikan yang menawarkan peluang kerja dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan dan pembuatan.

Bidang lain adalah pemasaran, kesihatan, pelancongan, hospitaliti, pengangkutan, makanan dan minuman.

“Tahun ini jelajah JobCare Selangor akan diteruskan ke sembilan daerah dan perincian mengenainya akan diumumkan nanti,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_608173" align="alignleft" width="346"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu ketika diwawancara di pejabatnya di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 16 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Papparaidu turut menambah, pihaknya berhasrat mengadakan program kesedaran di sekolah menengah terutama dalam aspek perkembangan kerjaya selepas tamat persekolahan.

“Contohnya galakkan pelajar ambil kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau kemahiran supaya ada alternatif yang boleh bantu kehidupan mereka pada masa akan datang.

“Kita cuba tumpukan untuk beri pendedahan mengenai peluang kerja dalam bidang tertentu terutama kepada pelajar kurang cemerlang untuk pendedahan perkembangan kerjaya yang sesuai untuk mereka,” katanya.

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Tahun lalu, kira-kira 35,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor berlangsung di sembilan daerah bermula Julai.

Selangor pada tahun lalu turut menganjurkan Karnival Jobcare Istimewa Selangor, khas untuk golongan rentan seperti orang kelainan upaya (OKU), Orang Asli, asnaf miskin, bekas banduan, warga emas, suri rumah serta gelandangan untuk mendapat pekerjaan.

[caption id="attachment_658261" align="aligncenter" width="1164"] Orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Jobcare Selangor 2024 untuk mencari peluang pekerjaan di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.