SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Hulu Langat dan Sepang hingga 1 pagi.
Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_666630" align="aligncenter" width="696"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


