SELANGOR

Petaling, Sepang antara enam daerah diramal ribut petir hingga 7 malam

4 Okt 2024, 8:18 AM
Petaling, Sepang antara enam daerah diramal ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Klang, Petaling, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sepang dan Gombak hingga 7 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Melaka, Putrajaya dan Labuan selain beberapa kawasan di Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.