AGENDA

MB: Program digital bantu ribuan usahawan perluas pasaran, pendapatan berganda

3 Okt 2024, 2:00 PM
MB: Program digital bantu ribuan usahawan perluas pasaran, pendapatan berganda

SELAYANG, 3 OKT: Program Selangor 1000 Digital yang diperkenalkan tahun ini bagi membantu usahawan mempeluaskan perniagaan mendapat sambutan menggalakkan, kata Dato’ Menteri Besar.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, program dilaksana sejak Mei melibatkan lima siri jejalah itu menarik penyertaan 2,800 peserta, lebih hampir 200 peratus dari jangkaan 1,000 peserta.

“Kita sasarkan 1,000 usahawan sertai tetapi rekod keseluruhan dalam semua siri seramai 2,800 mendaftar, hampir 1,500 sertai secara fizikal.

“Program ini dilihat berkesan. Sejak 2014 kita menekankan aspek digitalisasi dan sekarang hampir setiap tahun kita mampu tarik antara 700 ke 800 peniaga ke arah digital,” katanya pada sidang media selepas merasmikan jelajah siri akhir itu.

Sementara itu, EXCO Keusahawanan Najwan Halimi berkata hampir 80 peratus peserta di setiap siri jelalah sudah beralih ke platform digital menjual produk masing-masing.

“Sebahagian peseta juga sudah bersiaran secara langsung menjual barangan mereka dan mampu meraih peningkatan pendapatan antara RM500 ke RM1,000 sebulan.

“Program ini bukan hanya menyasarkan pendapatan peserta sebaliknya mendedahkan mereka dengan ilmu pemasaran, teknik mencipta kandungan dan sistem bayaran digital,” katanya.

Mei lalu, Kerajaan Negeri memperkenalkan program Selangor 1000 Digital bagi memperluaskan transformasi digital dalam kalangan usahawan tempatan.

Selain Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, program itu turut berkolaborasi dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upen) dan Platform Selangor (PLATS).