SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 9 malam.
Cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di Kuala Lumpur, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selain beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_666248" align="aligncenter" width="663"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


