AGENDA

Gombak, Hulu Langat antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

29 Sep 2024, 11:15 AM
Gombak, Hulu Langat antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dilanda hujan lebat hinnga 9 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka melanda seluruh Perak dan Johor.selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.