ad
AGENDA

Lebih 10,000 unit Rumah Idaman sedang dibina, dijangka siap tahun depan

28 Sep 2024, 2:00 PM
Lebih 10,000 unit Rumah Idaman sedang dibina, dijangka siap tahun depan
Lebih 10,000 unit Rumah Idaman sedang dibina, dijangka siap tahun depan
Lebih 10,000 unit Rumah Idaman sedang dibina, dijangka siap tahun depan

SEPANG, 28 SEPT: Lebih 10,000 unit Rumah Idaman melibatkan sembilan projek giat dibina dan dijangka siap secara berperingkat pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 3,400 unit di Tropicana Kajang dan Bandar Saujana Putra telah siap dan diserahkan kepada pembeli.

[caption id="attachment_665393" align="aligncenter" width="812"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Rumah Idaman di Cyberjaya, Sepang pada 28 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Pembinaan kebanyakan di kawasan Bandar Elmina, Kwasa Damansara dan Bukit Beruntung. Sementara itu 2,000 unit di Tropicana Kajang dan Bandar Saujana Putra (1,400) telah siap sepenuhnya.

“Kebanyakan projek lain dalam proses menunggu kelulusan pembinaan dan kebenaran merancang. Ia untuk memenuhi sasaran 60,000 unit Rumah Idaman menjelang 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan projek Rumah Idaman, Putra Idaman di Galeri Jualan Myra Cove di sini, hari ini.

[caption id="attachment_665394" align="aligncenter" width="812"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Idaman di Cyberjaya, Sepang pada 28 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pentadbiran negeri menyasarkan sebanyak 3,000 unit rumah mampu milik disediakan bawah Skim Smart Sewa menjelang 2026, bagi membantu rakyat memilik kediaman pertama.

“Kelebihan inisiatif ini Kerajaan Negeri akan mendapat rumah kontra secara percuma dari pemaju di setiap projek antara 15 peratus hingga 30 peratus unit.

“Rumah kontra ini akan dijadikan Smart Sewa Selangor dan kadar sewaan ditetapkan mengikut pasaran.

“Had maksimum untuk didiami selama lima tahun dan selepas tempoh ini 30 peratus bayaran sewa mereka akan dipulangkan semula untuk deposit pembelian rumah,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.