ad
BUDAYA

Anak

28 Sep 2024, 12:30 AM
Anak

Anak

 

Aku ingin merenung tidur nyenyak kamu

gambaran begitu pernah berlaku

terbayang dalam tidur itu kita berteman

tidur menjadi gelombang selembut rambut

tangan besarku membimbing tangan kecil kamu

melintas hutan belantara biru hijau

di bawah suluh bulan berbagai warna berkilau

menjelajah gua yang mengurung takut gerun kamu

hulurkan sekuntum bunga kelopak putih

harum bunga itu pelindung mimpimu

supaya jauh sedih dan kecewa

memanjat anak tangga

menjadi perahu kecil yang membawa kamu pulang

meredah ombak dan gelombang

menjadi cahaya kekal

menjinak igau ngeri

sampai senang kamu meredah mimpi

aku ingin jadi udara tipis

sekali pun dalam tubuh kamu setakat sementara

aku ingin jadi udara tipis

kamu mungkin tidak sedar atau tidak peduli.

Lee Keok Chih

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.