SHAH ALAM, 25 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Labuan
Cuaca sama juga diramal berlaku di beberapa kawasan diPerak, Kelantan, Terengganyu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



