AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 6 petang

18 Sep 2024, 7:04 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 6 petang
Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 18 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di daerah Hulu Langat, Selangor hingga 6 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, ramalan hujan lebat disertai ribut petir juga berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_663851" align="aligncenter" width="657"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.