AGENDA

Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 3 petang

18 Sep 2024, 5:06 AM
Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 3 petang
Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 3 petang

SHAH ALAM, 18 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 3 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, ramalan hujan lebat disertai ribut petir juga berlaku di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Labuan,

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_663835" align="aligncenter" width="655"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]