AGENDA

Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat, Sepang hingga 10 pagi

18 Sep 2024, 12:24 AM
Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat, Sepang hingga 10 pagi
Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat, Sepang hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 18 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga 10 pagi ini.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, ramalan hujan lebat disertai ribut petir juga berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_663797" align="aligncenter" width="642"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]