AGENDA

Israel bunuh lebih 41,000 rakyat Palestin, hampir 100,000 mangsa cedera

15 Sep 2024, 3:30 PM
Israel bunuh lebih 41,000 rakyat Palestin, hampir 100,000 mangsa cedera

GAZA, 15 SEPT: Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 41,206 orang, kata pihak berkuasa kesihatan berpangkalan di sini dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.

Sepanjang 24 jam lepas, sejumlah 24 orang terbunuh dan 57 lagi cedera dalam serangan tentera Israel, menjadikan keseluruhan angka kematian kepada 41,206 orang dan 95,337 lagi mangsa yang cedera sejak konflik Palestin-Israel meletus pada awal Oktober 2023, katanya.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.