AGENDA

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor hingga 10 malam

15 Sep 2024, 12:12 PM
Amaran hujan lebat di Hulu Selangor hingga 10 malam
Amaran hujan lebat di Hulu Selangor hingga 10 malam

SHAH ALAM, 15 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor hingga 10 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Kelantan selain beberapa kawasan di Perak, Terengganu dan Pahang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_663482" align="aligncenter" width="666"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]