AGENDA

Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

15 Sep 2024, 9:32 AM
Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam
Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 15 SEPT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan dan Pahang.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_663453" align="aligncenter" width="667"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.