EXCO

Lebih 2,000 peserta sertai Fit Malaysia Selangor, galak gaya hidup sihat

15 Sep 2024, 7:30 AM
Lebih 2,000 peserta sertai Fit Malaysia Selangor, galak gaya hidup sihat
Lebih 2,000 peserta sertai Fit Malaysia Selangor, galak gaya hidup sihat
Lebih 2,000 peserta sertai Fit Malaysia Selangor, galak gaya hidup sihat
Lebih 2,000 peserta sertai Fit Malaysia Selangor, galak gaya hidup sihat
Lebih 2,000 peserta sertai Fit Malaysia Selangor, galak gaya hidup sihat

KLANG, 15 SEPT: Hujan lebat tidak menghalang lebih 2,000 peserta menyertai program Mini Karnival Fit Malaysia Selangor 2024 di padang Laman Seni Safari, di sini pagi tadi.

Malah peserta tetap bersemangat menyertai pelbagai program menarik yang diadakan dalam karnival itu antaranya edisi Fun Run lima kilometer; aerobikton, pertandingan lompat tali, pemeriksaan kesihatan dan zumba.

EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berkata program itu dianjurkan bertepatan dengan sambutan Hari Sukan Negara dan Selangor merupakan negeri pertama melaksanakannya.

“Program ikonik sejak 2015 ini merupakan satu gerakan nasional sukan untuk semua di seluruh negara yang akan membawa Malaysia ke arah menjadi negara sukan sekali gus meningkatkan kesedaran menjalani gaya hidup cergas.

[caption id="attachment_663402" align="alignleft" width="500"] EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas program Mini Karnival Fit Malaysia Selangor 2024 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di padang Laman Seni, Safari Klang pada 15 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita harap dengan adanya program seumpama ini masyarakat lebih menitikberatkan gaya hidup sihat. Tidak hanya bersukan sempena Hari Sukan Negara sebaliknya jadikan ia amalan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Mini Karnival FIT Malaysia Peringkat Selangor 2024 sempena Hari Tanpa Kenderaan Klang Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Mohd Najwan berkata kemuncak FIT Malaysia bakal berlangsung serentak di sembilan daerah di Selangor 12 Oktober ini termasuk peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Penganjuran program itu turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai jabatan dan agensi di Selangor serta Kelab Kecergasan Absolute Wellness yang merupakan rakan strategik utama dalam pengurusan Karnival Fit Malaysia Selangor.

[caption id="attachment_663394" align="aligncenter" width="970"] Peserta menyertai aktiviti zumba ketika program Mini Karnival Fit Malaysia Selangor 2024 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di padang Laman Seni Safari Klang pada 15 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_663396" align="aligncenter" width="905"] EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi melakukan gimik perasmian program Mini Karnival Fit Malaysia Selangor 2024 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di padang Laman Seni Safari Klang pada 15 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_663409" align="aligncenter" width="972"] Peserta mengibar Jalur Gemilang sambil melakukan aktiviti zumba sempena program Mini Karnival Fit Malaysia Selangor 2024 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di padang Laman Seni Safari Klang pada 15 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.