SHAH ALAM, 13 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Hulu Selangor serta Hulu Langat hingga 8 malam ini.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca sama diramal melanda seluruh Terengganu selain beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_663098" align="aligncenter" width="699"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


