AGENDA

Skuad Selangor FC bawah 18 mara ke separuh akhir Piala Belia 2024

11 Sep 2024, 8:51 AM
Skuad Selangor FC bawah 18 mara ke separuh akhir Piala Belia 2024

SHAH ALAM, 11 SEPT: Skuad Selangor FC bawah 18 tahun (B18) mara ke separuh akhir Piala Belia 2024 selepas menang agregat 3-2 ke atas Perak B18 pada suku akhir Isnin lalu.

Dalam perlawanan di Stadium Mini Persada Plus itu, Perak B18 terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui J Yugendran pada minit ke-36.

Pasukan Red Giants berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi Hatif Irfan sekali gus membawa perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan.

Pemain gantian yang dibawa masuk Abrisham Fazdir meledak masuk gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Selangor B18 mara ke peringkat separuh akhir.

Selangor B18 akan bertemu Terengganu B18 bagi aksi separuh akhir pertama pada 28 September ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.