ad
AGENDA

Selangor kongsi kepakaran, teknologi pengurusan utiliti dengan Kedah

3 Sep 2024, 10:13 AM
Selangor kongsi kepakaran, teknologi pengurusan utiliti dengan Kedah
Selangor kongsi kepakaran, teknologi pengurusan utiliti dengan Kedah
Selangor kongsi kepakaran, teknologi pengurusan utiliti dengan Kedah

SHAH ALAM, 3 SEPT: Kerajaan Selangor memeterai kerjasama dengan Kedah dalam perkongsian kepakaran, teknologi, dan khidmat nasihat berkaitan pembangunan infrastruktur utiliti di negeri masing-masing.

Dato’ Menteri Besar berkata usahasama tersebut membabitkan agensi milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, Koridor Utiliti Selangor (Kusel) dan Utiliti Infra Darul Aman (UiDA).

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari kerjasama bersejarah itu membuktikan kedua-dua negeri mampu bergerak matang tanpa menjadikan perbezaan politik sebagai alasan demi kepentingan rakyat.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kerjasama antara Kusel dan UiDA. Ini membuktikan Malaysia bergerak kepada usaha kerjasama yang matang dan pragmatik.

[caption id="attachment_661543" align="aligncenter" width="976"] Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Utiliti Infra Darul Aman (UiDA) dan Koridor Utiliti Selangor (Kusel) di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 3 September 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Inilah prinsip Kita Selangor dan ikthiar yang dibawa oleh perdana menteri. Selangor turut bertekad meneruskan pendekatan ini demi kemaslahatan rakyat,” katanya berucap pada majlis berkenaan.

Terdahulu, Amirudin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Kusel dan UiDA di bangunan pentadbiran Selangor di sini, hari ini.

Kusel diwakili pengarah urusannya Khairul Azmi Misran, manakala UiDA diwakili ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Taufik Radzi. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor Saipolyazan M Yusop.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berharap Selangor sudi menerima kesediaan Kerajaan Kedah untuk bersama membangunkan kemudahan utiliti sekali gus memajukan ekonomi negeri masing-masing.

“Kedah pilih Selangor kerana utiliti di Selangor ada cabaran. Ia seolah-olah kita mahu belajar subjek matematik tambahan dengan Selangor, jadi kena mai (jumpa) cikgu,” katanya.

Untuk rekod, Selangor memiliki lebih 24,000 kilometer (km) jajaran paip, manakala Kedah mempunyai 14,000 km jajaran paip di seluruh negeri.

[caption id="attachment_661544" align="aligncenter" width="1047"] Pengarah Urusan Kusel Khairul Azmi Misran memberi penerangan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari mengenai Kusel di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 3 September 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.