ad
AGENDA

Malaysia raih emas regu lelaki Piala Raja Thai 2024

2 Sep 2024, 7:40 AM
Malaysia raih emas regu lelaki Piala Raja Thai 2024

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pada perlawanan akhir hari ini, regu negara dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam turun bersemangat dan menguasai set pertama dengan 15-5.

Regu negara ternyata sukar digugat apabila melengkapkan kemenangan 15-9 untuk membawa pulang emas buat Malaysia.

Terdahulu, Malaysia meraih kemenangan dalam ketiga-tiga aksi divisyen premier liga sepusingan disertai lima negara itu sebelum aksi penentuan pingat emas berdepan India.

Turut mengambil bahagian pada kejohanan kali ini ialah Singapura, China dan Brunei.

Seteru utama skuad negara, Thailand tidak menyertai acara regu lelaki.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.