BUDAYA

Kepada Kau Yang Menulis

18 Ogos 2024, 3:47 AM
Kepada Kau Yang Menulis

dosa bulan dicatat; jari seorang penulis, antara kopi

secawan dihirup langsai.

bugar, malam macam burung

terbang, sibuk tangan nyahkan huruf-huruf

jadi ayat-ayat cengcara.

pagi cakap hai dan

haram matahari dilakar; jari seorang penulis, telah merah

matanya besar, ego bercomolot tahi-tahi baru.

a-z mahu terbang tapi

kopi dah tak perlu dan setiap waktu adalah malam, lalu

sayang penulis ditulis;

macam burung yang subur, aku

nyah dan cium tahi baru, sebelum sapu

pada tubuh supaya

egoku comolot seronok, supaya

pembacaku menjilat ragaku.

di mata aku, yang dijilat oleh semua

cumalah cair tahi, keluarnya baru.

 

Aliff Awan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.