ad
AGENDA

Piala Sultan Selangor: Veteran Selangor menang Veteran Singapura 2-1

17 Ogos 2024, 3:56 PM
Piala Sultan Selangor: Veteran Selangor menang Veteran Singapura 2-1
Piala Sultan Selangor: Veteran Selangor menang Veteran Singapura 2-1
Piala Sultan Selangor: Veteran Selangor menang Veteran Singapura 2-1
Piala Sultan Selangor: Veteran Selangor menang Veteran Singapura 2-1

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Pasukan Veteran Selangor menewaskan Veteran Singapura dalam kejohanan Piala Sultan Selangor (TSSC) dengan jaringan 2-1 di Stadium Merdeka, malam ini.

Lagenda penyerang Merah Kuning Datuk Zainal Abidin Hassan membuka tirai jaringan pada minit ke-2.

Asmawi Bakiri menghadiahkan gol kedua veteran Selangor pada minit ke-18 manakala veteran Singapura memperoleh jaringan melalui Mohd Noor Ali pada babak akhir perlawanan.

[caption id="attachment_658331" align="aligncenter" width="1091"] Pemain Selangor dihalang oleh pemain Singapura ketika perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Persembahan kedua-dua pasukan veteran itu berjaya memukau penyokong di stadium yang turut menggamit nostalgia perseteruan dua musuh tradisi yang pernah mewarnai bola sepak tanah air.

Antara legenda Selangor lain yang beraksi pada perlawanan itu termasuk Datuk Dollah Salleh, P Maniam, Azman Adnan, Shahril Arshad, Asmawi Bakiri dan K Sanbagamaran.

Sementara itu, pasukan veteran Singapura pula menampilkan lagenda seperti Fandi Ahmad selaku kapten dan Rafi Ali.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Pengerusi TSSC Tan Sri Abd Karim Munisar.

[caption id="attachment_658332" align="aligncenter" width="1140"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di antara Selangor dan Singapura di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_658333" align="aligncenter" width="923"] Pemain Selangor dihalang pemain Singapura ketika perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.