EXCO

Rancak aktiviti pelancongan di Beranang, negeri galak perbanyak hotel, inap desa

8 Ogos 2024, 12:23 PM
Rancak aktiviti pelancongan di Beranang, negeri galak perbanyak hotel, inap desa
Rancak aktiviti pelancongan di Beranang, negeri galak perbanyak hotel, inap desa
Rancak aktiviti pelancongan di Beranang, negeri galak perbanyak hotel, inap desa
Rancak aktiviti pelancongan di Beranang, negeri galak perbanyak hotel, inap desa
Rancak aktiviti pelancongan di Beranang, negeri galak perbanyak hotel, inap desa

HULU LANGAT, 8 OGOS: Kerajaan Negeri menggalakkan lebih banyak hotel dan inap desa dibina bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Beranang.

Dato’ Menteri Besar berkata kemudahan itu juga bagi menampung kehadiran pelancong termasuk dari luar negara susulan pembinaan Litar Horizon Beranang.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan meneliti tapak yang strategik selain mengenal pasti pelabur untuk menyediakan kemudahan itu.

[caption id="attachment_656794" align="aligncenter" width="764"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Litar Horizon Beranang (HBC) di Taman Perindustrian Mahkota, Beranang, Hulu Langat pada 8 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Susulan pembinaan Litar Horizon Beranang ini, dijangka pelbagai kejohanan antarabangsa akan dianjur, melihat jumlah kemudahan hotel di sini ia tidak cukup menampung kedatangan pelancong termasuk luar negara.

“Di Beranang sentiasa menjadi tumpuan, berdekatan dengan Bukit Broga. Jadi pembinaan hotel ini memberi lebih banyak pilihan buat pelancong untuk melawat tempat menarik lain seperti Sungai Congkak dan Sungai Lui,” katanya hari ini.

[caption id="attachment_656787" align="aligncenter" width="764"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melepaskan pelumba cilik ketika merasmikan Majlis Perasmian Litar Horizon Beranang (HBC) di Taman Perindustrian Mahkota, Beranang, Hulu Langat pada 8 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas merasmikan Litar Horizon Beranang di sini, Amirudin menambah litar yang dibangunkan oleh kelab permotoran Horizon Motorsport dengan kerjasama Kerajaan Selangor melalui MPKj memenuhi matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Harapan Selangor, wujud sinergi kerjasama erat antara jabatan dan pihak kerajaan, swasta dan persendirian untuk bersama-sama membangunkan negeri seperti Kerjasama litar ini.

“Kalau harap kerajaan sahaja melaksana pembangunan, ia tidak akan menjadi rancak,” katanya.

Litar di atas tanah seluas 5.7 ekar yang memuatkan trek lumba sepanjang 1km dengan 13 selekoh itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan.

[caption id="attachment_656784" align="aligncenter" width="791"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama pelumba cilik dan kakitangan HBC ketika Majlis Perasmian Litar Horizon Beranang (HBC) di Taman Perindustrian Mahkota, Beranang, Hulu Langat pada 8 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_656788" align="aligncenter" width="778"] Aksi pelumba cilik berlumba di dalam litar baru selepas Majlis Perasmian Litar Horizon Beranang (HBC) di Taman Perindustrian Mahkota, Beranang, Hulu Langat pada 8 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.