ad
AGENDA

Operasi hospital di Gaza mungkin terhenti dalam 48 jam, kekurangan bahan api

30 Jun 2024, 3:38 PM
Operasi hospital di Gaza mungkin terhenti dalam 48 jam, kekurangan bahan api

KAHERAH, 30 JUN: Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad, lapor Sputnik.

"Kementerian Kesihatan sekali lagi memberi amaran bahawa hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen yang masih beroperasi akan berhenti berfungsi dalam masa 48 jam kerana kehabisan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator," kata kementerian itu di Telegram.

Pegawai juga menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan untuk campur tangan dengan segera bagi menyediakan bahan api dan generator.

- BERNAMA-SPUTNIK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.