AGENDA

Selangor catat 27.6 juta pelancong domestik, tertinggi antara negeri

20 Jun 2024, 8:14 AM
Selangor catat 27.6 juta pelancong domestik, tertinggi antara negeri
Selangor catat 27.6 juta pelancong domestik, tertinggi antara negeri
Selangor catat 27.6 juta pelancong domestik, tertinggi antara negeri

SHAH ALAM, 20 JUN: Selangor mencatat 27.6 juta bilangan pelancong domestik bagi tahun 2023, tertinggi antara negeri.

Dato' Menteri Besar berkata angka itu berdasarkan data dapatan pelancongan domestik pada tahun lepas yang dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia.

“Tahniah Tourism Selangor dan semua agensi-agensi berkaitan, teruskan momentum ini menjelang Tahun Melawat Selangor 2025,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

[caption id="attachment_648610" align="aligncenter" width="677"] Avani Sepang Goldcoast antara penginapan pilihan orang ramai ketika bercuti di Selangor. Foto Facebook Tourism Selangor[/caption]

Minggu lalu ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor berkata pihaknya giat mempromosi lokasi menarik bagi mengekalkan status negeri ini sebagai tumpuan pelancong.

Jelas Azrul Shah Mohamad, negeri konsisten mencatat kemasukan pelancong domestik tertinggi dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata Selangor menerima 10 juta pengunjung domestik pada 2021 dan meningkat kepada 22 juta pada tahun berikutnya seterusnya mencapai 27.6 juta tahun lalu.

Menurutnya angka berkenaan membantu peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar negeri dengan menyumbang sebanyak RM2.571 bilion daripada jumlah keseluruhan.

[caption id="attachment_648603" align="aligncenter" width="631"] Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.