AGENDA

Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 4 petang

13 Mei 2024, 6:29 AM
Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 4 petang
Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 13 MEI:  Amaran hujan lebat dikeluarkan melibatkan empat daerah negeri ini iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 4 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan ramalan hujan disertai ribut petir di beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_642679" align="aligncenter" width="673"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]