ad
AGENDA

Sokongan pengundi Melayu amat baik, yakin dengan calon Kerajaan Perpaduan

1 Mei 2024, 12:40 AM
Sokongan pengundi Melayu amat baik, yakin dengan calon Kerajaan Perpaduan
Sokongan pengundi Melayu amat baik, yakin dengan calon Kerajaan Perpaduan
Sokongan pengundi Melayu amat baik, yakin dengan calon Kerajaan Perpaduan
Sokongan pengundi Melayu amat baik, yakin dengan calon Kerajaan Perpaduan
Sokongan pengundi Melayu amat baik, yakin dengan calon Kerajaan Perpaduan

HULU SELANGOR, 30 APRIL: Calon Kerajaan Perpaduan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menerima maklum balas positif dalam kalangan pengundi Melayu sejak kempen bermula.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri berkata sokongan masyarakat Melayu kepada calon Pang Sock Tao sangat baik setakat ini malah yakin momentum itu terus meningkat menjelang hari pengundian pada 11 Mei.

"Hari ini kita ada pergi ke beberapa kawasan penempatan masyarakat Melayu. Saya percaya maklum balas kepada kepada calon Kerajaan Perpaduan sangat baik tetapi masih terlalu awal.

“Kita masih ada 10 hari lagi tempoh berkempen. Sudah tentu kita perlu kerja keras untuk pastikan kemenangan berpihak kepada calon Kerajaan Perpaduan,” kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Anak Muda Batang Kali di Bandar Baru Batang Kali di sini, malam tadi. Hadir sama Sock Tao, Penyelaras Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad dan barisan kepimpinan parti.

[caption id="attachment_640419" align="aligncenter" width="700"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao berucap ketika Sambutan Raya Anak Muda di Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor pada 30 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Sock Tao dalam ucapan ringkasnya menyatakan keyakinan dan semangat untuk mewakili warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

“Ia merupakan satu pengiktirafan untuk bekerja dengan pasukan mendiang Lee Kee Hiong di sini. Keyakinan saya datang dari pasukan ini yang sentiasa berterusan membantu saya.

“Jika diberi peluang, saya akan bekerja sebagai satu pasukan untuk berkhidmat kepada rakyat. Walaupun saya masih muda dan seorang wanita, tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat barah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

[caption id="attachment_640385" align="aligncenter" width="700"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao beramah mesra bersama penduduk ketika Sambutan Raya Anak Muda di Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor pada 30 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_640399" align="aligncenter" width="700"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao bersalaman bersama penduduk pada Majlis Bacaan Yasin dan Ramah Mesra Penduduk Batu 30 di Taman Perumahan Batu 30 Batang Kali pada 30 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_640420" align="aligncenter" width="700"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao berucap ketika Majlis Bacaan Yasin dan Ramah Mesra Penduduk Batu 30 di Taman Perumahan Batu 30 Batang Kali pada 30 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.