AGENDA

Seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 5 petang

30 Apr 2024, 7:27 AM
Seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 5 petang
Seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 30 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Perak dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_640281" align="aligncenter" width="684"] Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]