AGENDA

Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jawa, tiada ancaman tsunami

28 Apr 2024, 1:28 AM
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jawa, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR, 28 APRIL: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Kepulauan Jawa, Indonesia pada 12.29 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak di 8.2 darjah selatan dan 107.2 darjah timur iaitu 147 kilometer (km) selatan dari Sukabumi, dengan kedalaman 70km.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu di sini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.