AGENDA

MB temu duta besar Malaysia ke Jerman, bincang potensi tarik pelabur ke Selangor

23 Apr 2024, 2:30 PM
MB temu duta besar Malaysia ke Jerman, bincang potensi tarik pelabur ke Selangor
MB temu duta besar Malaysia ke Jerman, bincang potensi tarik pelabur ke Selangor
MB temu duta besar Malaysia ke Jerman, bincang potensi tarik pelabur ke Selangor
MB temu duta besar Malaysia ke Jerman, bincang potensi tarik pelabur ke Selangor

SHAH ALAM, 23 APRIL: Kerajaan Negeri optimis menarik syarikat dari Jerman untuk melabur di Selangor selain meneroka peluang meluaskan jaringan syarikat tempatan ke negara itu.

Perkara itu dibincangkan Dato' Menteri Besar ketika bertemu duta besar Malaysia ke Jerman di Hannover Messe, Jerman, semalam.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata dalam pertemuan itu, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin turut bersedia memudahcara urusan.

[caption id="attachment_639190" align="aligncenter" width="731"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bertemu Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin di di Hannover Messe, Jerman pada 22 April 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

"Datin Paduka turut menyatakan kesediaan pasukan beliau di Jerman termasuk agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk memudahcara urusan bagi kerjasama antara Selangor dan Jerman.

"Saya menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datin Paduka Dr Adina Kamarudin dan seluruh warga Wisma Putra di Jerman," kongsinya di Facebook.

[caption id="attachment_639007" align="aligncenter" width="760"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (dua, kiri) diiringi Pengarah Uni Perancang Ekonomi Negeri Dato' Johary Anuar (tiga, kiri) menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Hannover Messe di Pusat Kongres Hannover (HCC), Hannover, Jerman pada 22April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Semalam, Kerajaan Selangor menjadi wakil tunggal Malaysia menghadiri majlis perasmian Hannover Messe, persidangan dan pameran teknologi kejuruteraan mekanikal dan elektrik terkemuka dunia di Jerman.

Majlis perasmian yang berlangsung di Pusat Kongres Hannover dihadiri oleh Canselor Jerman Olaf Scholz, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Gertrud von der Leyen dan Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Støre.

Mengetuai delegasi negeri, Amirudin turut mengambil bahagian dalam forum bersama tiga lagi delegasi Asia Tenggara bagi membincangkan kerjasama kerajaan dan industri untuk memajukan matlamat kemampanan di Asean.

Beliau membentangkan perancangan serta cabaran Kerajaan Selangor dalam menjadi negeri peneraju sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta kemampanan pembangunan di Asia Tenggara.

[caption id="attachment_639189" align="aligncenter" width="758"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) ketika sesi perbincangan panel Asia sempena Pameran Perdagangan Industri Hannover Messe 2024 di Hannover, Jerman pada 22 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.