SELANGOR

Hujan lebat, angin kencang diramal landa Hulu Selangor hingga 6 petang

19 Apr 2024, 8:25 AM
Hujan lebat, angin kencang diramal landa Hulu Selangor hingga 6 petang
Hujan lebat, angin kencang diramal landa Hulu Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 19 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda Hulu Selangor sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah diramal alami keadaan sama.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.