ad
AGENDA

Hulu Langat diramal ribut petir, hujan lebat hingga 12 tengah hari

17 Apr 2024, 2:50 AM
Hulu Langat diramal ribut petir, hujan lebat hingga 12 tengah hari
Hulu Langat diramal ribut petir, hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Hulu Langat mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut agensi itu, daerah lain diramal cuaca sama ialah Pulau Pinang, Pahang (Bentong dan Temerloh), Negeri Sembilan (Jelebu), Johor (Pontian), Sarawak (Bintulu, Subis dan Miri).

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.