AGENDA

Didik hawa nafsu, kekal di jalan Allah (VIDEO)

8 Apr 2024, 3:53 PM
Didik hawa nafsu, kekal di jalan Allah (VIDEO)
Didik hawa nafsu, kekal di jalan Allah (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebagai khalifah, umat Islam harus mendidik hawa nafsu agar tidak tersesat daripada jalan yang diredai Allah SWT.

Demikian ulasan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan Surah Sad ayat 26 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut beliau, ayat tersebut menyentuh tentang tanggungjawab manusia selaku kalifah di bumi dan apa menimpa mereka jika tersesat daripada jalan Allah.

"Yang menghalangi kita mengenal Allah adalah nafsu, jadi apa sahaja yang menghalang kita daripada jalan lurus mengenali Allah adalah hawa (nafsu).

"Kalau begitu keadaannya kita telah tersesat, Allah memberi ancaman kepada kita azab yang pedih kalau kita mengambil jalan yang sesat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang disiarkan secara rakaman menerusi laman sosial rasmi Amirudin Shari hari ini.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor  dan TV Al-Hijrah.

[caption id="attachment_635940" align="alignnone" width="926"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

Mengulas ayat sama, Amirudin berkata Ramadan mendidik manusia mengawal nafsu dan memastikan ia berkekalan sehingga datangnya Aidilfitri.

"Kita diajar untuk mendidik nafsu yang kadang kala kita boleh bertahan daripada lapar dan dahaga, bersama dengan pasangan hinggalah kepada kata-kata dan juga perbuatan.

"Jaga-jaga saat kita gembira menjelang Aidifitri, kita juga harus kawal (nafsu) agar kita tidak hanyut dengan perkara yang akan mengherot perjalanan kita kepada Allah," katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: Amanah, cerita kebenaran

Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: Istiqamah mengingat Allah

Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

Episod 18: Rasullullah susuk penting

Episod 19: Waspada sifat orang munafik

Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa

Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa

Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita

Episod 23: Jaga proses ketauhidan agar terus kukuh

Episod 24: Berbakti pada ibu bapa

Episod 25: Jadikan kisah nabi, rasul sebagai panduan hidup

Episod 26: Umat Islam perlu berjiwa besar, pemaaf

Episod 27: pemimpin mesti adil, hindari rasa benci

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1777342877091430520

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.