AGENDA

Serah sepenuh hati kepada Allah setelah ikhtiar, doa (VIDEO)

1 Apr 2024, 1:15 PM
Serah sepenuh hati kepada Allah setelah ikhtiar, doa (VIDEO)
Serah sepenuh hati kepada Allah setelah ikhtiar, doa (VIDEO)

SHAH ALAM, 1 APRIL: Tawakal ialah berserah kepada Allah Subhanahuwataala (SWT) setelah melakukan usaha, ikhtiar dan doa dengan tidak hanya bergantung kepada nasib sahaja.

Demikian kata Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah Az-Zumar ayat 38 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut beliau, ayat itu menjelaskan maksud tawakal perlu seiring dengan ikhtiar serta doa yang akan ditentukan hasilnya oleh Allah SWT.

“Menyerah bukannya bermaksud tanpa usaha, tetapi dalam erti kata lain menyerah dengan sangka baik kepada Allah, kalau usaha itu menjadi atas anugerah Allah, kalau musibah itu menimpa atas izin Allah, semuanya untuk kita sibuk dengan Allah.

“Usaha, doa dan tawakal dalam satu titik yang sama. Inti pati dari tawakal ini adalah sebagai praktikal ketauhidan untuk bersama dengan Allah dalam jua apa keadaan yang Allah bentangkan kepada kita,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_635940" align="aligncenter" width="674"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin mengajak umat Islam terus meningkatkan amalan dan perbuatan baik pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

"Dalam menjalani kehidupan, kita perlu imbangkan antara antara usaha doa dan tawakal...yang akhirnya mengingatkan diri bahawa kita ada Allah SWT,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: Amanah, cerita kebenaran

Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: Istiqamah mengingat Allah

Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

Episod 18: Rasullullah susuk penting

Episod 19: Waspada sifat orang munafik

Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa

[embed]https://twitter.com/i/status/1774710792958497075[/embed]