AGENDA

MB temui penjawat awam esok sampaikan amanat penting

21 Mac 2024, 1:53 AM
MB temui penjawat awam esok sampaikan amanat penting

SHAH ALAM, 21 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan amanat penting dalam Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam esok.

Beliau juga akan melancarkan Kempen Mudahnya Berwakaf selain menyertai tazkirah Ramadan di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri bermula jam 8 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan EXCO dijadual hadir dalam program tersebut.

Orang ramai boleh mengikuti perjalanan program berkenaan yang dipancar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.