AGENDA

Berkat doa, wajib berbakti kepada ibu bapa

20 Mac 2024, 1:05 PM
Berkat doa, wajib berbakti kepada ibu bapa
Berkat doa, wajib berbakti kepada ibu bapa

SHAH ALAM, 20 MAC: Berbakti kepada ibu bapa merupakan kewajiban yang dituntut selain berada di kedudukan kedua tertinggi penting dalam Islam selepas larangan perbuatan syirik.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah Luqman ayat 14-15 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Don Daniyal kedudukan atau kejayaan seseorang itu bergantung kepada keberkatan doa ibu bapa yang diperoleh dan bukannya doa diri sendiri semata-mata.

“Dalam al-Quran kita tidak diajar bagaimana untuk menjadi pemimpin, malahan tidak pun diajar cara-cara untuk sembahyang. Tetapi dalam al-Quran, diceritakan secara jelas cara membina keluarga.

“Al-Quran turut mengajar cara menjaga ibu bapa. Undang-undang paling atas adalah jangan syirik dan terus diikuti dengan ibu bapa,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin mengajak umat Islam untuk terus berbakti kepada ibu bapa sekali gus menjaga kerukunan institusi kekeluargaan.

“Semoga Ramadan ini mendekatkan kita dengan ibu ayah, keluarga kita dan membina keluarga yang bahagia,” katanya mengakhiri program berkenaan.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: amanah, cerita kebenaran

Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

[video width="1920" height="1080" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/Episod-9-Surah-Luqman-Ayat-14-15-1.mp4"][/video]