ad
AGENDA

Kepentingan akal dalam membuat keputusan, jalani kehidupan (VIDEO)

19 Mac 2024, 1:00 PM
Kepentingan akal dalam membuat keputusan, jalani kehidupan (VIDEO)

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 19 MAC: Setiap keputusan yang dilakukan perlu menggunakan akal dan ini menunjukkan betapa agama Islam mengangkat peranan akal dalam kehidupan.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah az-Zumar ayat 17-18 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

“Mengambil contoh Iman Ghazali yang menggabungkan antara pemikiran, keimanan yang menunjukkan kita tidak boleh terima sesuatu tanpa analisis yang betul.

“Ada perkara yang kita boleh terima terus seperti peristiwa Israk Mikraj kerana ia berpandukan al-Quran, dalil, nabi cerita dan sebagainya.

“Ada perkara kita kena guna akal dan tidak boleh terima bulat-bulat,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

[video width="1920" height="1080" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/Episod-8-Surah-Az-Zumar-Ayat-17-18.mp4"][/video]

 

Sementara itu, Amirudin berkata ulama terdahulu memanfaatkan kebijaksanaan akal bagi menggantikan amalan menyembah alam kepada kegiatan keagamaan.

"Ini semua atas kebijaksanaan ulama dahulu yang jadikan amalan menyembah alam dan sebagainya kepada aktiviti yang diisi dengan al-Quran dan sedekah.

“Akal yang berguna itu telah mengalih kita kepada jalan benar dengan maklumat, data dan menggunakan akal dengan penjelasan,” katanya.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: amanah, cerita kebenaran

Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.