AGENDA

All England 2024, beregu lelaki Wei Chong-Kai Wun tewas pusingan pertama

14 Mac 2024, 3:43 AM
All England 2024, beregu lelaki Wei Chong-Kai Wun tewas pusingan pertama

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama di Kejohanan All England 2024 di Birmingham pada Rabu.

Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito dalam kejohanan badminton tertua di dunia yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.

Koga-Saito bakal berdepan juara bertahan dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada pusingan kedua.

Beregu pilihan ketujuh kejohanan itu mudah menempatkan diri ke pusingan kedua selepas mengatasi pasangan kembar dari Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, 21-13, 21-9.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.