AGENDA

Taman industri hijau Kota Puteri tarik pelaburan RM8 bilion, tawar 6,000 kerja

11 Mac 2024, 9:00 AM
Taman industri hijau Kota Puteri tarik pelaburan RM8 bilion, tawar 6,000 kerja
Taman industri hijau Kota Puteri tarik pelaburan RM8 bilion, tawar 6,000 kerja
Taman industri hijau Kota Puteri tarik pelaburan RM8 bilion, tawar 6,000 kerja

SHAH ALAM, 11 MAC: Pembangunan 13 lot fasa pertama taman perindustrian hijau (GRIP) Kota Puteri di Gombak dijangka menarik nilai pelaburan setempat RM8 bilion, kata EXCO pelaburan.

Ng Sze Han berkata ia melibatkan pelaburan sekitar Rawang, Ijok dan Batu Arang yang turut dijangka menjadi penyumbang ekonomi sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri sebagai hab utama.

Jelasnya, GRIP Kota Puteri yang berkonsep taman perindustrian berpusat dan berpagar kendalian Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga menawarkan sekitar 6,000 peluang pekerjaan.

[caption id="attachment_632572" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han ketika sidang media selepas majlis pelancaran lot perindustrian eksklusif projek taman perindustrian hijau (GRIP), Kota Puteri Crown City di DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City, Shah Alam pada 11 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL[/caption]

“Bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk setempat tetapi turut merangsang pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.

“Projek ini akan menawarkan banyak peluang kerja dan membantu peningkatan taraf hidup serta mengurangkan kadar pengangguran,” katanya pada sidang media selepas melancarkan projek berkenaan.

Berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton Shah Alam i-City, majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato’ Mahmud Abbas.

[caption id="attachment_632558" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato' Mahmud Abbas (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran pada pelancaran lot perindustrian eksklusif projek taman perindustrian hijau (GRIP), Kota Puteri Crown City di DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City, Shah Alam pada 11 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

GRIP Kota Puteri fasa pertama dijangka siap 2027 merupakan sebahagian daripada inisiatif dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dengan lebih 200 kilang bakal dibina untuk menjalankan aktiviti perindustrian mesra alam sekitar.

Dibangunkan menerusi tiga fasa atas tanah berkeluasan 152 hektar, GRIP yang dimulakan Mei ini mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk siap sepenuhnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.